
KOLEJ
UNIVERSITI ISLAM MELAKA
AKADEMI
PENGAJIAN ISLAM(API)
DIPLOMA
SYARIAH ISLAMIYAH (DSI)
NASAKH DAN MANSUKH
DISEDIAKAN OLEH:
·
MUHAMMAD NOOR SALEM BIN ZAINAL (D1220275).
·
AZFAR NAUFAL BIN SAIFUL NIZZAM (D1220280).
PENSYARAH PEMBIMBING:
·
USTAZ SUHAIMI BIN ABU HASAN
PENGHARGAAN.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam,
yang telah mencurahkan rahmat dan kasih sayang Nya kepada seluruh manusia.
Tuhan maha mencipta sekian alam semesta, yang yang esa, dan tidak sesuatu pun
yang menyerupainya.
Selawat dan salam dipohonkan untuk penghulu kita, Imam sekalian Rasul,
Nabi yang paling akhir yang diutus Tuhan untuk menjadi saksi, pembawa kabar
gembira untuk hamba-hamba Nya yang soleh dan membawa kabar duka untuk umat yang durhaka. Rasul yang memanggil umat ke
jalan Allah dan menjadi pelita bagi seluruh manusia di kegelapan zaman, yaitu Muhammad
Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Perjalanan waktu mengiringi perkembangan alam dan manusia yang menyebabkan
berbagai macam keragaman, baik suku, bangsa, bahasa, kebiasaan sebagainya.
Sedangkan Alquran telah menjelaskan bahawa islam adalah agama bagi semesta alam. Ertinya Islam bersifat global yang berisi aturan dan pedoman untuk makhluk di
seluruh alam semesta. Keperluan manusia di tempat yang berbeza mesti berbeza pula. Adat di suatu tempat belum tentu sama dengan adat
di tempat lain. Begitu juga manusia zaman dahulu mesti memiliki keperluan dan adat yang berbeza dengan manusia pa azan kini. Oleh karana itu, wajarlah jika Allah menghapus suatu hukum dengan
hukum lain untuk menjaga kepentingan para hambanya berdasarkan pengetahuannya tentang yang pertama dan terakhir.
Berdasarkan kenyataan diatas, maka kami akan menerangkan salah satu bab dalam
ulumul qur’an yaitu nasikh dan mansukh dengan
beberapa babnya. Tentunya kami tidak hanya terpaku dengan sub bab yang telah ditentukan,
dengan harapan dapat memberikan pengetahuan yang lebih kepada para pembaca mengenai bab ini.
PENDAHULUAN
Tarikh
Tasyrik merupakan satu pembelajaran yang membawa kita supaya
dapat mengetahui sesuatu sejarah bagaimana terjadinya syariat atau syariah
islamiah yang diikuti oleh setiap umat Islam dari zaman kerasulan Nabi
Muhammad S.A.W sehingga ke akhir zaman iaitu Kiamat.Syariah atau syariat
itu pada bahasanya bermaksud suatu bahasa yang membawa kita ke jalan yang
lurus,sepertimana air berjalan dan beraliran air itu.Selain itu,syariah itu
pada istilahnya bermaksud perintah Allah untuk hambanya supaya ikut akan agama
tersebut dengan kepelbagaian hukum yang ada didalam perintah Allah iaitu
Al-quran.Hukum-hukum yang terdapat dalam kalam Allah itu dipanggil
sebagai syariat kerana setiap arahan atau larangan Allah itu dikenali sebagai
syariat.
Nasikh mansukh merupakan salah satu dari pembahasan ilmu al
Qur'an.Dalam perkembangannya konsep naskh sangat kontroversial.Jika
naskh ini dilihat dari perspektif sejarah serta diangkat dalam sebuah kajian
tafsir dan ulumul Qur'an, memiliki perana yang peranan dalam wacana
tafsir. Hal ini terbukti bahwa, jika sebuah ayat disimpulkan sebagai ayat
nasikh maka yang berhak menaskhnya adalah Allah s.w.t.. Tujuan penelitian ini
adalah untuk mengetahui sejarah dan perkembangan nasikh mansukh; mengetahui
sejauh mana implikasi nasikh dan mansukh terhadap penafsiran al
Qur'an. Jenis penelitian ini adalah kepustakaan dan internet, maka teknik yang
digunakan adalah pengumpulan data secara tersusun, yaitu pengambilan bahan
pustaka yang sesuai dan berhubungan dengan objek pembahasan penulisan.
Penelitian ini bersifat analisis-diskriptif yaitu dengan mengumpulkan data-data
yang ada, menafsirkan dan menganalisa dengan menggunakan pendekatan sejarah.
Kesimpulan dari penelitian ini adalah sejarah pemikiran naskh tidak dapat
ditelusuri
hingga zaman nabi, karena tidak ada petunjuk yang jelas
tentang hal tersebut. Akan tetapi ilmu naskh sudah ada, sebagaimana termaktub
dalam al Qur'an surat al Baqarah ayat 106. Keberadaan naskh dalam al Qur'an
diperkuat oleh asar serta riwayat-riwayat yang disandarkan pada sahabat.
Sehingga zaman setelah nabi dan sahabat para ulama bertengkar tentang hal ini,
ada yang menerima naskh adalah sebagai keniscayaan (proses sejarah) dan ada yang
menolak naskh dengan alasan-alasan tertentu. Salah satunya adalah tidak mungkin
terjadi bahwa ayat-ayat al Qur'an yang dibuang (dihapuskan), karena menurutnya
seluruh ayat al Qur'an operatif abadi.
Difinisi Nasakh Mansukh
1. -Dari
segi bahasa bermaksud menghapuskan atau mengubah[1].
2. -Istilahnya
bermaksud membatalkan sesuatu hukum syarak dengan dalil syarak yang baru atau
mengahapuskan hukum syarak yang telah sabit dengan cara yang dikehendaki oleh
syarak dalam bentuk-bentuk yang tertentu.
Dalil
yang menyatakan syariat menasakhkan ayat quran:
Firman Allah bermaksud Apa saja ayat yang kami
mansukhkan(batalkan),atau yang kami tinggalkan(tangguhkan), kami datangkan
dengan ganti yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya.(SURAH
AL BAQARAH 106).
1.
Hendaklah hukum yang
mansukh adalah hukum syara yang berbentuk amali'.
2.
Hujah penghapusan
hukum tersebut hendaklah di turunkan terkemudian daripada hukum yang mansukh.
3.
Perintah atau
larangan yang mansukh tidak terhad kepada waktu-waktu yang tertentu.
4.
Hanya berlaku pada
perkara perintah dan larangan.
5.
Tidak menyentuh
masalah akidah, Zat dan sifat-sifat Allah,serta para rasulNya serta kejadian
hari akhirat kerana perkara-perkara ini tetap dan tidak berubah.
6.Tidak
juga berhubungkait dengan etika dan akhlak serta perkara-perkara dalam ibadah dan muamalat.
7.Hukum
yang dinasakhkan itu hendaklah berkenaan dengan mereka yang mempunyai keahlian taklif, supaya hokum
yang dimansuhkan itu dapat dilaksanakan, di samping menasakhkan hokum
sebelumnya
[4]CARA-CARA AYAT ALQURAN DINASAKHKAN:
1.Naskh sarih, iaitu ayat yang
secara tegas menghapuskan hukum yang
terdapat pada ayat terdahulu. Misal:Surah al-Anfal : 65-66.
2. Naskh Dimni, iaitu apabila
ada ketentuan hukum ayat-ayat terdahulu tidak bisa dikompromikan dengan
ketentuan hukum ayat yang datang kemudian dan ia me-nasakh ayat terdahulu. Misal, ayat tentang kewajiban wasiat
kepada ahli waris yang dianggap mansukh oleh
ayat waris.
3. Naskh Kull, iaitu menasakh hukum yang datang
sebelumnya secara keseluruhan. Misal, ketentuan idah 4 bulan 10 hari (al-Baqarah
: 234).
4. Naskh Juz’i, iaitu menaskh hukum yang merangkumi
seluruh individu dengan hukum yang merangkumi sebahgian individu, atau menasakh hukum yang bersifat
mutlak dengan hukum yang bersifat muqayyad (terbatas),
misal, an-Nuur : 4 dengan ayat 6.
JENIS-JENIS BACAAN NASKH [5]
1. Naskh tilawah dan hukum. Contoh :
penghapusan ayat yang mengharamkan nikah dengan saudara sepersusuan karena
bersama-sama menyusu kepada seorang ibu dengan sepuluh susuan, yang
di-nasakh dan diganti dengan lima kali susuan.
عن
عائشة رضى الله عنها قالت : كان فيما أنزل عشر رضاعات معلومات يحرمن, بخمس معلومات
فتوفى رسول الله ص م وهن مما يقرأ من القران (رواه مسلم)
2. Naskh hukum, sedang tilawah-nya
tetap. Tulisan dan bacaan ayatnya masih tetap ada dan masih boleh dibaca, tetapi
isi hukum ajarannya sudah di-nasakh, sehingga sudah tidak boleh
diamalkan lagi. Contoh :
و
الذين يتوفون منكم و يذرون أزواجا و صية لآزواجهم متاعا الى الحول غير اخراج
(البقرة : 240)
Ayat
ini isteri-isteri yang dicerai harus beridah selama 1 th, kemudian Allah
menasakh hukum ayat tersebut,
Sehingga
keharusan idah satu tahun sudah tidak berlaku lagi, sekalipun lafal naskh
ayatnya masih tetap ada dan boleh dibaca. Lalu diganti dengan
والذين
يتوفون منكم و يذرون ازواجا يتربصن بأنفسهن أربعة أشهر و عشرا (البقرة : 234)
Dan
orang-orang yang meninggal dunia di antara kalian dengan meninggalkan istri-
istri itu menangguhkan diri mereka (beridah) selama 4 bulan 10 hari.
3. Naskh tilawah sedang
hukumnya tetap. Tulisan ayatnya sudah dihapus, tetapi hukum isinya masih tetap
berlaku dan harus diamalkan. Hadis dari Umar bin Khaththab dan Ubayi bin Ka’ab
كان
فيما انزل من القران الشيخ و الشيخة اذا زنيا فارجموهما البتة نكالا من الله
…Orang
tua laki-laki dan orang tua perempuan kalau keduanya berzina, maka rajamlah
(dihukum lempar batu sampai mati) sekaligus sebagai balasan dari Alla
[6]Perkara-perkara yang tidak boleh
dinasakhkan.
1. -segala
hukum-hukum asas yang QAT’I[7]
seperti beriman dengan allah dan semua rukun iman dan semua rukun-rukun
iman serta seluruh asas-asas akidah dan ibadah yang diputuskan secara qat’I
seperti kewajipan solat ,puasa dan lain-lain.
Contohnya Allah berfirman :
إن
الذين كفروا من أهل الكتاب والمشركين في النار جهنم خا لدين فيها أول هم شر البرية.[8]
Bermaksud:
Mereka kekal didalamnya selama-lamanya.
2. -sifat-sifat
baik yang asasi yang tidak berubah
mengikut peredaran zaman dan keadaan seperti keadilan,kebenaran,taat kepada ibu
bapa dan lain-lain.
3. -hukum-hukum
syarak yang telah dijelaskan berkekalan oleh nas syarak seperti kewajipan
berjihad yang telah dijelaskan di dalam hadis nabi yang bermaksud: Daripada
anas berkata, rasullullah s.a.w bersabda: jihad itu berterusan sejak aku
ditugaskan oleh allah sehingga
umatku memerangi dajal
[9]Bahagian-bahagian nasakh
Terbahagi
kepada dua bahagian:
1. -nasakh
yang berganti ialah mansukhkan hukum yang lama dengan menggantikan dengan hokum
yang baru samada hokuman ganti lebih ringan,atau lebih berat pada hokum lama yang telah
dimansuhkan contohnya perubahan arah kiblat dari baitul maqdis kearah masjidil
haram.
2. -nasakh
yang tidak berganti pula ialah nasakh yang menghapuskan terus sesuatu hokum
tanpa digantikan dengan apa2 hukuman yang lain contohnya menasakhkan
pengharaman persutubuhan dimalam bulan ramadhan.Firman allah bermaksud
dihalalkan kepada kamu,pada malam hari puasa,bercampur dengan isteri-isteri
kamu.istri isteri kamu itu dalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula
sebagai pakaian bgi mereka.
Bahagian-bahagian nasakh:
Nasakh
terbahagi kepada empat:
1.
-nasakh alquran
dengan alquran: Ulamak
bersepakat mengatakan nas quran harus dinasakhkan dengan nas alquran yang lain
kerana kedua-duanya ayat quran, kerana dari segi dalil yang diyakini.
Ayat mansukh:
Firman allah taala:
إن يكن منكم عشرون صبرون يغلبوا ما ئتين وإن يكن منكم
مائة يغلبوا ألفا من الذين كفرو[10]
bermaksud : jika ada diantara kamu dua puluh
yang sabar, nescaya mereka dapat
menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu);dan jika ada
diantara kamu seratus orang nescaya mereka dapat menewasakan seribu orang dari
golongan yang kafir.
Ayat nasakh:
Firman allah taala:
bermaksud:
Oleh itu,jika ada diantara kamu seratus orang yang bersabar,nescaya mereka akan
dapt menewaskan dua ratus orang,dan jika diantara kamu seribu orang,nescaya
mereka akan dapat menewaskan dua ribu orang degan izin allah S.W.T.
2.nasakh assunnah dan
assunnah:
عن بريدة , قال رسول الله صلي
الله عليه وسلم : قد كنت نهيتكم عن زيارة القبور . فقد أذن لمحمد في زيارة قبر أمه فزوروها فإنها تذكر الاخرة.
Dari
riwayat hadis baridah, Rasullulah S.A.W
dahulu aku melarang kamu menziarah
kubur.sekarang muhammad mendapat keizinan menziarahi kubur ibunya,maka
ziarahlah kubur kerana ia mengingatkan
akhirat.
3.nasakh alquran dan
assunnah:
Ayat mansukh:
Firman allah taala:
كتب عليكم إذا حضر أحدكم الموت إن ترك خيرا الوصية
للولدين والأقربين بالمعروف حقا علي المتقين[12]
bermaksud : kamu diwajibkan,apabila seorang
dari kamu hampir mati,jika ia ada meninggalkan harta,(hendaklah dia) membuat
wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik(menurut peraturan
agama),sebagai satu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.
Ayat nasakh: Maka
dimansukhkan ayat alquran kepada hadis rasullulah bermaksud: daripada abu
umamah r.a berkata.aku dengar nabi s.a.w bersabda
عن
أبي أمامة رضي الله عنه قال، سمعت النبي (ص) إن الله قد اعطي كل ذي حق حقه فلا
وصية لوارث[13]
Bermaksud:
sesungguhnya allah telah memberi setiap yang mempuyai hak(ahli
waris)haknya.maka tiada hak wasiat bagi ahli waris.
4.nasakh assunnah dengan
alquran:
Ayat mansukh:
Sabda rasullulah s.a.w bermaksud:
عن ابن عباس قال: صلي رسول الله عليه وسلم وأصحابه إلي
بيت المقدس ستة عشر شهرارثم صر فت القبلة بعد.
daripada ibnu abbas berkata rasullulah s.a.w
dan para sahabatnya telah solat menghadap baitul maqdis selama enam belas bulan
sebelum berpaling ke arah kiblat(mekkah) selepas itu .
Kemudian
ia telah dinasakhkan dengan ayat quran yang memerintahkan supaya menghadap
kiblat(mekkah).
Ayat nasakh:
Fiman allah:[14]
قَدْ
نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا
فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا
وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ
الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُون
Bermaksud:kerap
kali kami melihat engkau(wahai Muhammad),berulang-ulang menada kelangit,maka
kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang kau sukai. Oleh itu
palingkanlah muka kamu kea rah masjidil haram(tempat letaknya ka’abah),dan
dimana sahaja kamu berada,maka hadapkanlah mukamu kearahnya.(SURAH AL BAQARAH
(144)
CARA-CARA
BERLAKU NASAKH
Terbahagi
kepada dua bahagian iaitu: nasakh
ada ganti dengan nasakh tiada ganti.
I.
Nasakh ada ganti
Ø Nasakh dengan cara ada ganti ini ialah dengan
menasakhkan hokum terdahulu , kemudian diganti dengan hokum yang baharu. Ia
dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
1.Ganti
hukum sama dengan dinasakhkan.
2.Ganti
hukum yang lebih ringan daripada yang dinasakhkan.
3.Ganti
hukum lebih berat yang dinasakhkan.
1. Ganti hukum sama
dengan dinasakhkan.
_ Jumhul ulama bersepakat menasakhkan
dengan hukum yang sama. Nasakh seperti ini berlaku contohnya
عن ابن عباس قال: صلي رسول الله عليه وسلم وأصحابه إلي
بيت المقدس ستة عشر شهرارثم صر فت القبلة بعد.
Bermaksud:
daripada ibnu abbas berkata rasullulah s.a.w dan para sahabatnya telah solat
menghadap baitul maqdis selama enam belas bulan sebelum berpaling ke arah kiblat(mekkah) selepas itu .
Kemudian
ia telah dinasakhkan dengan ayat quran yang memerintahkan supaya menghadap
kiblat(mekkah).
قَدْ
نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا
فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا
وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ
الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُون[15]
Bermaksud:kerap
kali kami melihat engkau(wahai Muhammad),berulang-ulang menada kelangit,maka
kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang kau sukai. Oleh itu
palingkanlah muka kamu kea rah masjidil haram(tempat letaknya ka’abah),dan
dimana sahaja kamu berada,maka hadapkanlah mukamu kearahnya.(SURAH AL BAQARAH
(144)
- Ganti hukum lebih
ringan dari yang dinasakhkan.
-nasakh dalam bentuk ini hukum awal dan
dahulu ada dalam Al-Quran.
Contoh ayat alquran:
يا أيها النبي
حرض المؤمنين على القتال إن يكن منكم عشرون صا برون يغلبون مئتين وإن
يكن منكم مئة يغلبوا ألفا من الذين كفروا بأ نهم قوم لا يفقهون[16]
Maksudnya:” Wahai nabi perangsangkan orang-orang yang beriman
itu untuk berperang. Jika ada diantara kamu dua puluh yang bersabar, necaya
mereka dapat menewaskan 2 ratus orang (dari pihak musuh kafir tersebut), dan
jika ada diantara kamu seratus orang, nescaya mereka dapt menewaskan seribu
orang dari golongan kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang
tak mengerti.”
Dalam ayat tersebut , Allah mewajibkan orang islam
itu melawan musuh dan tidak boleh meniggalka medan peperanganapabila nisbah
tentera Islam dan musuh 1:10 kemudiannya hukum ini digantikan dengan hukum yang
lenih ringan iaitu 1:2.
- Ganti hukum yang lebih
berat daripada yang dinasakhkan
-Menurut Imam Syfie, tidak harus nasakh kepada hukum yang lebih berat.Ini bertetapan dengan konsep Islam itu sendiri yang tidak mahu membebankan umatnya dalam melaksanakan perintahnya. Contohnya empat peringkat pengharaman arak.
Peringkat pertama:Pada peringkat ini arak tidak diharamkan lagi.
Namun terdapat ayat Al-Quran yang berbentuk sindiran berkenaan manfaat arak.
” Dan dari buah tamar(kurma) dan anggur kamu
jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal,
sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan
kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.”[17]
Peringkat kedua: Kemudian pada peringkat ini arak masih lagi tidak
diharamkan lagi secara pasti walaupun terdapat sindiran tentang arak melalui
ayat quran yang diturunkan pada peringkat pertama pengharaman arak. Namun pada
peringkat ini terdapatnya ayat yang menerangkan banyk keburukan terhada arak
daripada kebaikan atau manfaatnya.
Peringkat ketiga: Pada peringkat ini, umat islam ditegah untuk meminum
arak ketika hendak menunaikan solat. Hala ini kerana terdapat sahabat yang
menunaikan solat dalam keadaan mabuk dan menyebabkan bacaan ayat Al quran
tersilap.
Peringkat keempat: pada peringkat inilah berlakunya pengharaman arak
sepenuhnya ke atas semua umat islam.
II.
Nasakh
tiada ganti
-Nasakh tiada ganti ialah ayat-ayat atau
nas-nas yang telah dimansukhkan dari segi hukum dan tidak ada apa-apa gentian dengan
hukum yang baru.
Fiman Allah Taala:
يا أيها الذين
امنوا إذا نا جينهم الرسول فقدموا بين يدي
نجواكم صدقة ذلك خير لكم وأطهر فإن لم تحدوا فإن الله غفور رحيم
Maksudnya: “Wahai oramg-orang yang beriman! Apabila kamu hendak
mengadap atau bertanyakan sesuatu kepada , maka hendaklah kamu
bersedekah(kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya”.[18]
Dalam ayat ini menerangakan hukum bagi
sahabat yang hendak menemui Rasulullah S.A.W perlulah membawa buah tangan. Dan ayat
tersebut telah dimansukhkan dengan ayat yang berikutnya.
Firman Allah S.W.T:
أاشفقتم أن
تقدموا بين يدي نجواكم صدقات فإذ لم تفعلوا وتاب الله عليكم فأقيموا الصلاة وأتوا
الزكاة وأطيعو الله ورسوله خبير بما تعملون
[19]Bermaksud: “ Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap
kali kamu member sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan
(perintah itu, dan Allah pun memaafkan kamu(kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah
sembahyang dan tunaikanlah zakat(sebagaimana yang sewajibnya),serta taatlah
kamu kepada Allah Rasulnya. Dan ingatlah Allah Maha mendalam pengetahuannya
akan segala yang kamu kerjakan”.
Hikmah-hikmah nasakh:[20]
1. Menjaga
kemaslahatan hambanya kadangkala brubah mengikut kepada perubahan sesuatu
keadaan.Dengan ini keperluan manusia itu sentiasa terpelihara dal kesemua
keadaan juga sepanjang zaman.[21]
2. Nasakh
juga bertujuan untuk memberi keringanan bagi umat islam kerana terdapat hukum
yang berat yang telah diringankan ini membuktikan kasih saying Allah terhadap
hambanya.
3. -menolak
kesulitan yang timbul daripada hukum yang dinasakhkan.[22]
4. -menjaga
kemaslahatan manusia kerana itu adalah matlamat utama disyariatkan hukum
syarak. Kadang-kadang kemaslihatan itu berubah mengikut keadaan semasa
5. -munguji
keimanan dan ketaqwaan seseorang dengan perintah dan laragan allah iaitu dengan
mengharamkan apa yang dihalalkan dan menghalalkan apa yang telah diharamkan.
6. -mengubah
sesuatu pekara secara beransur-ansur sebagai satu peroses pendidikan seperti
peroses pengharaman arak.
1. Dalam salah satu dalil nashnya harus ada yang
menentukan datangnya lebih belakangan dari dalil yang lain. Contoh : ayat 13
surat al- Mujadilah, atau firman Allah :
الان خفف الله عنكم و علم أن فيكم ضعفا,
فان يكن منكم مائة صابرة يغلبوا مائتين, وان يكن منكم الف يغلبوا الفين باذن الله
و الله مع الصا برين (الانفال: 66)
Ayat
tersebut terdapat tanda kata-kata : “ al-Aana”
menunjukkan datangnya ayat lebih belakangan dari ayat lain
yang menentukan rasio tentara Islam dengan tentara
kafir dengan perbandingan 1: 10, yaitu firman Allah :
يأيها النبى حرض المؤمنين على القتال ان
يكن منكم عشرون صابرون يغلبكا مائتين و ان يكن منكم مائة يغلبوا الفا من الذين
كفروا بأنهم قوم لا يفقهون ( الانفال: 65)
2. Ada kesepakatan umat atau para imam bahwa ayat
ayat ini nasikh dan
yang itu mansukh.
3. Ada riwayat sahih dari salah seorang sahabat
yang menentukan mana yang lebih
dahulu dari kedua dalil nash yang bertentangan
atau ada keterangan tegas dari Nabi
s.a.w. atau sahabat, seperti hadis :
كنت نهيتكم عن
زيارة القبور , ألا فزورها (رواه الحاكم )
Atau ada ungkapan :
أنزلت هذه الاية
بعد تلك الاية او نزلت هذه الاية قبل تلك الاية
PENDAPAT
ULAMA TENTANG NASAKH:[24]
1, Menurut jumhur ulama,
tidak ada perselisihan di antara para ulama tentang diperbolehkannya naskh
dalam al-Quran. Dasarnya:
ما ننسخ من اية أو
ننسها نأت بخير منها أو مثلها (البقرة : 106[25]
2. Orang Yahudi, mereka tidak
mengakui adanya naskh, karena naskh itu kadang-kadang tanpa hikmah dan kadang
ada hikmahnya, tetapi diketahui setelah sebelumnya tidak diketahui.
Tidak semua ayat boleh dinasakh, ayat yang tidak boleh dinasakh adalah:
1.Ayat yang mengandung hukum asal yang tidak boleh berubah dengan sebab
berubahnya situasi kondisi manusia. seperti : ayat yang berkaitan dengan
ibadah, akidah, keadilan dan amanah.
2.Ayat yang secara tektual menunjukkan ketentuan hukumnya berlaku
sepanjang masa.
3.Ayat yang berisi berita yang tidak mengandung perintah & larangan
seperti kabar tentang umat-umat terdahulu.
PENUTUP:
Kesimpulan
daripada tajuk yang kami bentangkan ini, kami telah berpendapat bahawa nasakh
dan mansukh ini telah memudah umat islam akhir zaman secara keseluruhan dengan
penuh kesempurnaan supaya umat islam tidak merasa terbeban dengan syariat
islam, kerana islam itu agama yang syumul, agama islam juga tidak membebankan
umat akhir zaman. Para ulama sepakat adanya nasikh berdasarkan nash Al
Qur’an dan As sunnah. Menyimpang dari
jalan yang lurus dan mengikuti jejak orang – orang yang sesat akan menjadi
penyebab kesengsaraan
SUMBER RUJUKAN.
- ULUMUL
QUR’AN, Drs.Abu Anwar , M.Ag.
- AL QUR’AN
DAN ULUMUL QUR’AN, Drs.Muhammad Chirzin , M.A
-Abdul HA, Djalal, H. Prof., Dr. 2000. Ulumul
Qur’an (Edisi Lengkap). Surabaya : Dunia Ilmu.
-AL-Khattan, Manna’ Khalil. 2006. Studi
Ilmu-Ilmu Qur’an. Bogor: Pustaka Litera Antar Nusa
-Ash-Shiddieqy, Teungku M. Hasbi. 2000. Sejarah
dan Pengantar Ilmu al-Qur’an dan Tafsir. Semarang : PT. Pustaka Rizki Putra
-Chirzin, Muhammad. 1998. Al-Qur’an Dan Ulumul
Qur’an. Jakarta : Dana Bhakti Prima Yasa.
[1]
Disarikan dari buku karangan Atha’ Bin
Khalil; “Taisir al-Wushul ila al-Ushul” (Bogor:
Pustaka Thariqul Izzah, 2003), hal. 342-350.
[2]
Sura al baqarah,106.
[3]
Anwar, Rosihun, DR., M.Ag., 2008, Ulum Al-Qur’an, Pustaka Setia,
[4]
Wahbah Al-zuhalyl 1994:306
[6]
Qattan, Khalil, Manna’, 2000, Studi Ilmu-ilmu Qur’an.
[7]
Hukum qat’I ialah hokum yang telah disepakati.
[8]
ALBAIYINAH AYAT 6
[9]
-Qattan, Khalil, Manna’, 2000, Studi Ilmu-ilmu Qur’an
[10]
Surah Al anfal 65:8
[11]
Surah Al anfal 65: 6
[12]
Surah Albaqarah 180
[13]
Riwayat Tarmizi
[14]
SURAH AL BAQARAH AYAT (144)
[15]
Surah Albaqarah ayat 144
[16]
Surah al anfal aya 65
[17]
Surah An-nahl ayat 67
[18]
Surah al mujadalah ayat 12
[19]
Surah Al-muajadalah ayat 13
[21]
Manna’ Khalil (1998:219)
[22]
Syariah islamiyyah tingkatan 5 muka surat 115
[24]
Abdul HA, Djalal, H. Prof., Dr. 2000. Ulumul Qur’an (Edisi Lengkap)
[25]
Surah al baqarah,106.
tq tuan, mudah saya nak faham nasakh mansukh ni bagaimana, alhamdulillah
BalasPadam